Waktu Solat

IBADAH KORBAN DAN AQIQAH DI BALAI BESAR

Tuesday, October 19, 2010

Read more...

BAGAIMANA TRANSAKSI WANG HARAM......baca! jangan tak baca

Thursday, September 30, 2010

Muqaddimah
Isu ini bukanlah perkara baru di dalam Islam. Ini kerana hal ini juga pernah berlaku pada zaman Nabi saw apabila Saidina Abu Bakar ra merujuk kepada Baginda saw mengenai wang haram yang diperolehinya.

ولما نزل قوله تعالي: {ألم * غُلِبَتِ الرُّومُ * فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ} [الروم:1-3]، كذبه المشركون وقالوا للصحابة: ألا ترون ما يقول صاحبكم، يزعم أن الروم ستَغلب. فخاطرهم أبو بكر رضي الله عنه، بإذن رسول الله صلي الله عليه وسلم، فلما حقَّق الله صدقه، وجاء أبو بكر رضي الله عنه، بما قامرهم به، قال عليه الصلاة والسلام: "هذا سحت، فتصدَّق به". وفرح المؤمنون بنصر الله، وكان قد نزل تحريم القمار بعد إذن رسول الله صلي الله عليه وسلم له في المخاطرة مع الكفار

Mafhum daripada hadith ini adalah Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a pernah bertaruh [di awal Islam sewaktu perjudian belum diharamkan secara menyeluruh] dengan seorang Musyrik [yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah al-Rum ayat 1 dan 2 yang mengisyaratkan kejatuhan Rom] bahawa Kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh maka Saidina Abu Bakar ra telah memperolehi harta pertaruhan itu [ianya haram kerana judi dan tujuan Saidina Abu Bakar ra hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran], apabila Abu Bakar datang kepada Rasulullah SAW menceritakan perihal harta haram yang diperolehi melalui hasil taruhan [judi] itu,
Rasulullah bersabda : "Ini kotor, sedekahkanlah ia". Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir.

Menginfaqkan harta yang diperolehi dari cara yang haram

Pendapat pertama

Dibolehkan untuk menginfaq harta yang diperoleh dari hasil yang haram. Pendapat ini adalah pendapat jumhur.

Sheikh Dr Yusof al-Qardhawi [1]

“Kebenarannya adalah bahawa harta tersebut adalah kotor [ haram ] dengan dinisbahkan kepada orang yang memperolehinya dengan cara yang tidak halal akan tetapi ianya baik [ halal ] dengan dinisbahkan kepada faqir miskin untuk tujuan kebaikan

Haram ke atas orang yang memperolehinya dengan cara yang tidak halal tetapi dibolehkan kerana tujuan kebaikan tadi seperti menyedekahkannya. Ini kerana, harta tersebut tidak haram bagi zatnya akan tetapi ianya haram hanya kerana individu tertentu kerana sebab yang tertentu.

Transaksi harta haram biasanya berlaku dalam 4 keadaan ;

I. Individu tersebut mengambil harta haram itu untuk kegunaan dirinya dan keluarganya. Keadaan ini telah jelas pengharamannya
II. Harta haram [Harta riba’ yang diperolehi melalui system perbankan] dibiarkan kekal dalam bank yang berurus niaga secara riba’. Perbuatan ini juga adalah haram
III. Harta yang diterima atau diperolehi melalui hasil yang haram ini dimusnahkan [dibakar dll]. Hal ini ada di dalam riwayat yang menceritakan hal keadaan salafus-soleh yang wara’. Akan tetapi perkara ini telah ditolak oleh al-Imam al-Ghazali rhm di dalam kitab al-Ihya’.

IV. Harta tersebut digunakan dalam transaksi yang bertujuan kepada kebaikan seperti untuk disedekahkan kepada orang-orang faqir miskin, anak-anak yatim, ibnu al-Sabil ataupun mana-mana pertubuhan kebajikan, dakwah dan kemasyarakatan Islam. Perkara sebegini adalah dibenarkan.

Al-Imam al-Ghazali rhm

Sekiranya ada yang bertanyakan apakah dalil yang membolehkan untuk disedekahkan dengan sesuatu yang haram?, dan bagaimana pula bersedekah dengan sesuatu yang bukan miliknya[2] ?. Sedangkan di sana terdapat sekumpulan [ulamak] yang tidak membenarkan perkara tersebut kerana ia adalah haram. Sememangnya di sana terdapat satu riwayat yang menyatakan al-Fudhail tidak menerima sedekah yang diterima dari hasil yang haram.

Sheikh Atiyyah Saqor [3]

"Wajib melupuskan harta yang haram ketika bertaubat, ia boleh dilakukan dengan memulangkan kembali harta itu kepada tuannya (jika diketahui) atau kepada warisnya, dan jika tidak mampu diketahui, hendaklah diserahkan kepada faqir miskin bagi memisahkan diri darinya [harta yang haram] dan bukannya bagi meraih pahala (dari serahan itu).

Imam Ibnu Qayyim[4]

Jika sesuatu harta yang didapati dari sumber haram itu diketahui pemiliknya (seperti harta haram hasil curi dan diketahui pemiliknya), cara melupuskannya adalah dengan memulangkan kembali wang curi itu kepada tuannya serta meminta maaf dan kemudian melakukan taubat kepada Allah swt. Sekiranya dia gagal memulangkan kepada tuannya maka hendaklah dia memulangkan kepada warisnya. Sekiranya dia gagal juga, barulah harta itu disalurkan kepada sedeqah

Dalil yang membenarkan


فأمر رسول الله صلي الله عليه وسلم، بالتصدُّق بالشاة المصلية التي قدِّمت إليه فكلَّمته بأنها حرام، إذ قال صلي الله عليه


وسلم: "أطعموها الأساري"
Mafhum hadith

Hadith ini menceritakan bahawasanya pernah dihidangkan kepada Nabi saw daging kambing. Lalu daging tersebut menyatakan kepada Nabi Muhammad saw bahawa ia adalah haram. Lalu Nabi saw menyuruh sahabat untuk memberikan ia kepada orang lain untuk dimakan [menyedekahkannya].
Rasional hadith

Perbuatan Nabi saw yang menyedekahkan daging kambing [yang haram] untuk disedekahkan.

al-Athar Saidina Hasan ra

وسئل الحسن رضي الله عنه، عن توبة الغال (مَن يأخذ من مال الغنيمة قبل أن يقسم، وما يؤخذ منه بعد تفرُّق الجيش)،
فقال: يتصدَّق به.
Mafhum athar

Athar ini menceritakan mengenai taubat bagi orang yang mengambil ghanimah sebelum ianya dibahagikan. Saidina Hasan ra mengatakan bersedekah dengan apa yang diambilnya tadi membuktikan taubat bagi perbuatannya yang mengambil harta dengan cara yang haram.

Rasional athar

Walaupun athar ini menceritakan mengenai ghanimah yang pada asalnya halal, tetapi sekiranya ia diambil dengan cara yang tidak betul maka hukumnya tetap haram kerana harta ghanimah bukanlah pemilikan dia seorang. Ianya perlu dibahagikan mengikut apa yang diajarkan oleh Allah swt. Tuntasnya, apabila ia tidak diambil dengan kaedah yang telah digariskan oleh Allah swt maka ianya tetap haram. Justeru, bagi mereka yang melakukan dosa besar [melakukan sesuatu yang haram] wajib bertaubat dan Saidina Hasan ra menyatakan salah satu cara membuktikan dia bertaubat adalah dengan menyedekahkan apa yang telah diambilnya dengan cara yang salah.

Persamaan hal ini dengan kes di atas adalah kedua-kedua harta tersebut adalah diperolehi melalui hasil yang haram. Hukum haramnya tetap ke atas orang yang melakukan iaitu dia tidak
boleh membelanjakan wang tersebut demi dirinya atau kepentingan keluarganya. Penyelesaiannya adalah wang tersebut perlu diberikan kepada orang lain [faqir miskin] kerana wang tersebut tidak haram pada zatnya untuk orang lain.

Qiyas

Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi menyatakan bahawasanya harta sebegini berada dalam timbangan samada untuk dimusnahkan atau digunakan untuk jalan kebaikan. Ini kerana harta tersebut telah menjadi rosak di sisi pemiliknya. Secara dharuri melalui pengetahuan kita, menggunakan harta tersebut kearah kebajikan adalah lebih baik dari membuangnya ke dasar lautan [memusnahkannya]. Ini kerana, sekiranya kita membuang ia ke dasar lautan maka sesungguhnya benda tersebut hilang dari sisi kita tanpa kita memperoleh faedah daripada perbuatan kita tadi.

Akan tetapi, sekiranya kita menginfaqkan ia kepada faqir miskin nescaya mereka akan mendoakan pemiliknya keberkatan daripada Allah swt. Selain itu, mereka yang faqir tadi boleh memenuhi tuntutan keperluan mereka di samping tuan [harta haram] yang menyedekahkannya tadi memperolehi ganjaran di sisi Allah swt.

Di dalam masalah yang berkaitan penerimaan bantuan dari hasil judi dan situasinya adalah penerima mengetahui wang bantuan tersebut adalah datang dari hasil judi maka wang tersebut perlulah dikembalikan kepada orang yang memberikan atau wakil kepada yang memberikan kerana wang yang diperolehi dari hasil yang haram perlu [wajib] dilupuskan [6]. Ini kerana hukum asal menggunakan wang yang diperolehi dari hasil yang haram hukumnya juga adalah haram. Hal ini dikuatkan dengan kaedah “ bahawa menolong dan menyebarkan yang haram itu juga adalah haram “[7].

Pendapat kedua

Segala bentuk wang yang haram perlu disimpan [dibekukan]. Ini kerana ditakuti harta tersebut jatuh ke tangan mereka yang zalim bukan kepada mereka yang adil. Justeru, dengan menyimpan [membekukan] wang tersebut, ia dapat memelihara harta tersebut daripada jatuh ke tangan orang yang zalim. Antara yang menggunakan pendapat ini adalah Sheikh al-Islam Ibn Taimiah[8]

Dalil bagi pendapat kedua adalah
1.
Firman Allah swt di dalam Surah al-Baqarah

Wahai orang-orang Yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu Yang baik-baik, dan sebahagian dari apa Yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu sengaja memilih Yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil Yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali Dengan memejamkan mata padanya. dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji “
2.
Daripada al-Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud ra[9]

ما رواه ابن مسعود – رضي الله عنه – أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: "والذي نفسي بيده لا يكسب عبد مالاً من حرام فينفق منه فيبارك له فيه، ولا يتصدق فيقبل منه ولا يتركه خلف ظهره إلا كان زاده إلى النار"

Rasional dalil

Secara umumnya, dalil di atas menunjukkan bahawasanya Allah tidak akan menerima sedekah melainkan hal keadaan pemberian itu adalah baik. Jadi sedekah dengan harta ini tidak akan diterima melainkan dengan harta yang halal dan diperolehi melalui cara yang mengikut syarak. Syarat untuk amalan yang baik itu diterima [sedekah] adalah melalui infaq harta yang halal.

Jawapan al-Imam al-Ghazali[10]

Adapun kata-kata : kita tidak bersedekah dengan harta melainkan dari harta yang baik [halal] adalah apabila kita mengharapkan pahala dari pemberian sedekah tersebut untuk diri kita. Perbincangan kita sekarang adalah pelupusan harta yang haram dari sisi kita bukan untuk kita mendapatkan pahala buat diri kita. Di antara melupuskan harta tersebut dengan dimusnahkan dan diinfaqkan maka kami cenderung pada pandangan untuk harta tersebut diinfaqkan.

Pendapat ketiga

Hasil dari harta haram perlu dimusnahkan. Sebahagian kecil daripada ulamak-ulamak salaf seperti Qadhi Fudhail al-‘Iyyadh

Walaupun sebahagian besar ulamak yang menerima pandangan bahawasanya duit haram yang diperolehi boleh disedekahkan, akan tetapi masih ada ulamak yang menolak menggunakan duit haram yang disalurkan sebagai sedekah / bantuan.
وحُكي عن الفضيل أنه وقع في يده درهمان، فلما علم أنهما من غير وجههما، رماهما بين الحجارة، وقال: لا أتصدق إلا بالطيِّب، ولا أرضي لغيري ما لا أرضاه لنفسي!

Cara untuk tassorruf [ transaksi ] dengan harta dari hasil yang haram

Pendapat pertama

Digunakan untuk maslahah[11] umum orang Islam dan ini adalah pendapat Sheikh al-Islam Ibnu Taimiah rhm

Pendapat kedua

Digunakan dengan memberi sedekah secara umum[12] dan ini adalah pandangan Hanafiah, Malikiah, Imam Ahmad dan ulamak-ulamak mazhabnya serta Imam Ghazali daripada mazhab Syafi’e

Pendapat ketiga

Digunakan untuk maslahah umat Islam yang faqir (dll) bukan untuk membina masjid. Pendapat ini adalah dari Suruhanjaya Fatwa Penerbitan di Arab Saudi[13] dan Penasihat Gedung Kewangan Kuwait

Pendapat keempat

Digunakan untuk jihad di jalan Allah swt dan ini adalah salah satu pandangan Sheikh al-Islam Ibn Taimiah
____________________________________________________________________________________________

Pencerahan [ Nota Tambahan ]

Apa yang dimaksudkan dengan harta itu haram
Harta yang haram adalah harta yang haram digunakan dan untuk dimanfaatkan oleh pemiliknya. Contohnya Abu terlibat dengan perniagaan yang berunsurkan riba’ dan dia mendapat keuntungan melalui riba’. Maka haram bagi Abu untuk menggunakan keuntungannya tadi demi kepentingan dan manfaat bagi dirinya dan keluarganya. Akan tetapi, sekiranya duit riba’ tersebut disedekahkan kepada faqir miskin untuk manfaat mereka maka itu adalah halal kerana pengharamannya adalah dengan sebab riba’ bukan kerana duit tersebut haram.
Allah tidak menerima sedekah melainkan dengan harta [pemberian] yang baik

Harta yang haram sudah tentu bukan dari hasil dan pemberian yang baik. Malah ia bukan dari milik kita. Bagaimana untuk kita memberi sedekah pada suatu benda yang bukan dari pemilikan kita?.

Secara mudahnya, memberi sedekah dari harta haram ini merupakan kewajipan untuk memisahkan diri pemilik dari harta yang haram. Perkataan sedekah itu diterjemah sebagai memberi bantuan kepada golongan faqir dan miskin. Orang yang menginfaqkan hartanya dari hasil yang haram tidak akan mendapat pahala kerana bersedekah tetapi dia akan mendapat pahala dari sudut yang lain[14] antaranya ;
1.
Menahan dirinya daripada harta tersebut dan mengambil manfaat daripadanya dalam apa jua keadaan.

2. Meletakkan harta tersebut pada tempatnya iaitu ke jalan kebajikan.

3. Melaksanakan kewajipan iaitu melupuskan harta haram disisinya dll.
____________________________________________________________________________________

Mulaahazah [ Perhatian ]

Membincangkan isu transaksi wang haram yang dibolehkan pada keadaan tertentu bukan bermakna ia menjadi satu keharusan untuk sebuah kerajaan mengekalkan atau menggalakkan sesuatu amalan [ muamalah ] yang diharamkan oleh Allah swt. Sebaliknya persoalan ini , fokus kepada penerima seperti faqir miskin atau rakyat .

Sementara pihak kerajaan [ pemberi ] mempunyai sudut perbahasan yang berbeza dengan perbahasan mengenai penerima [ rakyat ] .

Ringkasnya , bagi sebuah kerajaan sayugia berikhtiar agar membebaskan diri dari sistem muamalah yang diharamkan oleh Allah swt sebagaimana menjadi kewajipan jua bagi sebuah kerajaan tidak menjalankan kegiatan - kegiatan yang diharamkan seperti industri perjudian . Ini bagi memastikan kerajaan tersebut diredhai oleh Allah swt pentadbiran dan pembendaharaannya .

Kerajaan yang terpaksa berurusan dengan sumber haram seperti melibatkan wang cukai dari industri arak [ yang diharamkan kepada orang Islam tetapi tidak kepada non muslim - berbeza isu judi ] maka .....

saya berpendapat , biarpun ada pandangan ulama' yang mengharuskan wang itu di hulurkan kepada rakyat sebagai bantuan faqir miskin dan seumpamanya [ sebagaimana perbahasan panjang di atas ] dan rakyat harus menerimanya pula rakyat tidak wajib mengusul periksa sumber kewangan tersebut , namun adalah terlebih afdhal dan wara' [ bagi pihak kerajaan - terutama kerajaan Islam ] mengasingkan tabung atau pembendaharaan yang di perolehi dari sumber yang tidak halal . Kemudiannya memastikan hanya wang yang jelas halal disalurkan [ disuap ] kepada rakyat . Ianya terlebih afdhal jika kerajaan boleh bertindak demikian .

Wallahualam bissowab .

Nasrudin bin Hassan At tantawi


[1] Laman web Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi (www.qaradawi.net) di dalam : فتاوى و أحكام
إنفاق المال المكتسب من حرام
[2] Ini kerana setiap barang yang diperolehi dari sumber yang haram bukanlah menjadi milik bagi orang yang memperolehinya
[3] Min Ahsani al-Kalam fi al-Fatawa (2/65)
[4] Zad al-Ma'ad, Ibn Qayyim, 4/251
[6] Sheikh ‘Athiyyah Saqar ; Min Ahsani al-Kalam fi al-Fatawa
[7] Sheikh Dr Yusof al-Qardhawi ; Bab 1 Halal dan Haram
[8] Kitab لفتاوى الكبرى (4/210-213)
[9] Imam Ahmad di dalam Kitab المسند (1/387)
[10] Kitab إحياء علوم الدين (5/83)
[11] Maslahah umum di sini bermaksud adalah digunakan untuk kegunaan ramai bukan seorang individu
[12] Keadaan yang kedua ini adalah lebih menyeluruh kerana termasuk kepadanya diberikan kepada faqir miskin
[13] Lihat : مجموع فتاوى اللجنة الدائمة (13/354)
[14] Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi

Read more...

TAZKIRAH SEMBAHYANG TERAWIKH

Sunday, August 22, 2010

Read more...

Teks Ucapan YAB TGNA Di Hari Perasmian Hududullah 2010

Thursday, August 19, 2010



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

سُورَةٌ أَنْزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

-النور : 1

Yang bermaksud : Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).

• Terima kasih saudara pengerusi majlis Yang Berhormat Dato’ Haji Nasaruddin bin Haji Daud - Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berusaha Dato Haji Mohd Azamli bin Jamaluddin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, Para pembentang kertas kerja, Dif-dif kehormat, Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi lafaz syukur kita rakamkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan keizinan daripadaNya, dapat kita bersama-sama berada di dalam Majlis perasmian sambutan Hari Hududulullah negeri Kelantan darul naim untuk kali ini. Tahniah saya ucapkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan di atas penganjuran sambutan ini. Saya difahamkan majlis ini telah didahului dengan seminar Hukum Sebat di Dalam Islam yang telah bermula semenjak pagi tadi. Sekali lagi tahniah dan syabas kepada pihak penganjur. Saya mulakan dengan serangkap pantun :

Papan tualang mari diukir,
buat penyeri si kayu jati,
siang malam hidup berzikir,
hidup bersendi kehendak rabbi.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Undang-undang hudud merupakan salah satu daripada undang-undang yang difardhukan oleh Allah SWT. Sebagaimana kita wajib bersolat, berpuasa dan mengeluarkan zakat, begitu jugalah wajib untuk kita menegakkan tuntutan melaksanakan undang-undang yang disediakan oleh Allah SWT. Jika kita boleh menerima bahawa di sekolah ada undang-undangnya di mana pelajar perlu mematuhi arahan guru dan pentadbir. Di pejabat ada undang-undangnya di mana pekerja perlu mematuhi arahan majikannya. Di dalam negara ada undang-undangnya di mana rakyat diminta taat patuh kepada pemimpinnya. Maka adakah manusia hidup di dunia Allah ini, tidak dikenakan undang-undang? Sudah tentu lebih daripada itu kerana hidup ini satu urusan yang terlalu sulit dan compilcated sehinggakan di luar daripada kemampuan manusia menguasainya. Siapakah yang berhak menentukan undang-undang hidup di dunia selain daripada pencipta dunia sendiri iaitu Allah SWT? Inilah yang disebut di dalam firmanNya :

إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ يَقُصُّ الْحَقَّ وَهُوَ خَيْرُ الْفَاصِلِينَ – سورة الأنعام : 57

Yang bermaksud : Hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Dia menerangkan kebenaran dan Dialah sebaik-baik yang memberi keputusan.

وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا – سورة الأنعام : 115

Kebenaran itu milik Allah, keadilan juga milik Allah SWT.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Saya dimaklumkan dalam seminar yang diadakan pagi tadi bukan sekadar kertas kerja ada demonstrasi hukuman sebat di dalam Islam. Saya yakin tuan-tuan sekalian telah mendapat pendedahan dan maklumat yang banyak daripada seminar tersebut. Perlulah diingatkan bahawa hukuman sebat merupakan hukuman yang diturunkan oleh Allah SWT. Ayat yang saya bacakan di awal ucapaan tadi merupakan permulaan surah an-Nur. An-Nur memberi makna cahaya. Cahaya matahari, bulan, bintang diperlukan untuk fizikal. Cahaya al-Quran dan al-Sunnah diperlukan untuk rohani manusia :

يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ – الحديد : 12

Yang bermaksud : (yaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bergerak dengan cepat di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (Dikatakan kepada meraka): "Pada hari Ini ada berita gembira untukmu.

Adapun surah an-Nur itu tadi dimulakan dengan :

سُورَةٌ أَنْزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Yang bermaksud : "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat wahai manusia.

Perhatikanlah bagaimana Allah SWT menggunakan perkataan أَنْزَلْنَاهَا bermaksud Kami turunkan diikuti dengan فَرَضْنَاهَا bermaksud wajibkan hukum-hukumnya dan setusnya أَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ iaitu Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata. Ketiga-tiga ini dinyatakan secara berturutan dan beriringan. Walaupun kita semua sudah maklum bahawa al-Quran memang diturunkan oleh Allah SWT, dan memang difardhukan hukum-hukumnya oleh Allah SWT dan diturunkan ayat-ayatnya dengan terang dan jelas juga oleh Allah SWT. Bagaimanapun apabila ketiga-tiganya dinyatakan secara berturutan di dalam satu ayat, ia merupakan satu isyarat bahawa betapa seriusnya perintah yang akan dinyatakan selepasnya. Perintah itu ialah hukuman sebat yang merupakan salah satu daripada hukuman hudud. Justeru, diakhirkan ayat tersebut dengan perintah لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ yang bermaksud supaya kamu benar-benar beringat. Beringat ertinya sentiasa pada setiap masa kita hendaklah mengambil ingatan bahawa perintah-perintah yang mengandungi hukuman-hukuman tersebut telah ditetapkan oleh Allah SWT dan akan disoal olehNya di padang Mahsyar kelak.

ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ

Allah SWT berfirman selepas ayat 1 Surah an-Nur tersebut :

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ – النور أية 2

Yang bermaksud : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Hudud bukanlah berarti hukuman sebat dan potong tangan semata-mata. Malangnya wajah hudud telah diberikan imej yang cukup buruk oleh media Barat dengan sokongan media sekular di dalam negara menjadikan masyarakat seringkali tersalah anggap tentang hudud. Hakikatnya hudud bermakna batasan. Setiap apa yang diperintahkan atau dilarang oleh Allah SWT itulah yang dinamakan batasan. Melanggar batasan dengan meninggalkan apa yang disuruh atau mengerjakan apa yang dilarang itulah yang disebut sebagai melanggar hududullah. Al-Quran menyebut perkataan hudud bukan sahaja di dalam bab jenayah, tetapi dalam masalah peraturan rumahtangga dan nikah cerai. Allah SWT berfirman :

وَلَا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَأْخُذُوا مِمَّا آَتَيْتُمُوهُنَّ شَيْئًا إِلَّا أَنْ يَخَافَا أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ – سورة البقرة أبة 229

Yang bermaksud : Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang telah diceraikan itu), kecuali jika keduanya (suami isteri ) takut tidak dapat menegakkan hudud Allah yakni aturan-aturan hukum Allah.

Di dalam masalah pembahagian harta pusaka, turut disebut perkataan hudud. Firman Allah SWT :

فَإِنْ كَانُوا أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ فَهُمْ شُرَكَاءُ فِي الثُّلُثِ مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصَى بِهَا أَوْ دَيْنٍ غَيْرَ مُضَارٍّ وَصِيَّةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَلِيمٌ (12) تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ... –سورة النساء أية 12-13

Yang bermaksud : Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). Ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar. Itulah hudud (batas-batas Syariat) Allah.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Hari ini negara sedang berada pada keadaan yang sangat memalukan. Kita sering kedengaran berlaku rasuah, penyelewengan dan pecah amanah semakin meningkat. Peningkatan gejala sosial pula kini sampai ke tahap sangat-sangat membimbangkan, ditambah lagi dengan purata setiap 16 minit satu kes kecurian di negara kita. Kes-kes buang bayi pula semakin membimbangkan di mana ia meningkat 154%, dengan 54 kes dari Januari hingga kini, berbanding hanya 42 kes pada tempoh yang sama tahun lalu. Begitu juga dengan peningkatan kes pembunuhan, rogol, ragut dan pelbagai jenayah lain.

Kenapakah undang-undang yang ada tidak mampu membendung masalah inni? Tidak lain hanyalah kerana undang-undang yang ada tiada kemampuan untuk pencegahan. Undang-unadang yang dicadang oleh Allah SWT itulah yang merupakan satu pencegahan. Firman Allah SWT :

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ – سورة المائدة: 38

Yang bermaksud : Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Kita di Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam sudah lama menyedari hakikat ini. Di antara maksud Membangun Bersama islam ialah :

1) Mendidik, mentarbiah qalbu manusia supaya bertaqwa kepada Allah SWT sejak kecil-kecil lagi sampai ke peringkat remaja dan terus kepada meningkat dewasa.

Bayi di atas riba diperdengarkan bismillahir Rahmanir Rahim setiap kali susuan dilakukan. Yang terbaik lagi ibu perlu berwudhuk sebelum susuan dilakukan. Nama Allah, nama al-Rahman, nama al-Rahim, adalah suntikan ajaib untuk mengukir berkat dan qudus ke atas qalbu bayi yang baru mengenali alam dunia. Tidak ada doktor, tidak ada alat canggih yang boleh mengesan seni Asmaul Husna ke atas qalbu bayi.

2) Bila anak memasuki alam persekolahan, guru pula mencambah, membajai benih-benih yang telah ditabur oleh golongan ibu di rumah tadi. Dan bila mereka melepasi alam persekolahan dan memasuki alam pekerjaan, menjadi rakyat, bergerak dalam semua bidang hidup, pihak kerajaan pula menyambung, membimbing, dan melaksana segala benih yang ditabur di rumah, dan di sekolah, supaya ianya berubah dan mendatangkan hasil yang memenuhi kehendak : iman dan taqwa kepada Allah SWT. Firman Allah SWT:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ – سورة الأعراف، أية 96

Yang bermaksud : Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka segala macam berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.

Adalah mendukacitakan sangat-sangat kerana kita yang pandai-pandai menolak pencegahan daripada Allah SWT. Bagaimana rakyat mahu menjaga batas sekiranya kerajaan yang berkuasa sendiri tidak mempedulikan batas hududullah sendiri? Bila kerajaan melanggar hudud Allah, dengan sendirinya rakyat hidup tanpa batas. Di sana sini berlaku pelanggaran terhadap hudud Allah SWT dengan sewenang-wenangnya.

Tersebarnya gambar-gambar dan video yang merosakkan melalui media massa maupun internet dan disaksikan oleh anak-anak muda kita setiap hari semakin mendekatkan mereka kepada gejala keruntuhan moral dan akhlak. Lantas dengan kudrat yang ada, kekangan undang-undang dan kewangan, kita di Kelantan telah melakukan setakat yang termampu untuk meletakkan Islam sebagai syariah yang memerintah bukannya diperintah. Lahirlah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan pada tahun 1993 hasil sumbangan idea dan garapan beberapa tokoh undang-undang yang terkenal seperti Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmud Saidun Awang Osman dan beberapa nama-nama yang lain. Namun, sekeping surat bertarikh 8 Jun 1994 daripada Perdana Menteri Malaysia pada masa itu kepada Menteri Besar Kelantan telah menghalang hasrat murni kerajaan negeri Kelantan ini.

Kita tidak pernah berputus asa. Apa yang mampu untuk kita laksanakan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri akan dilaksanakan. Kita membataskan penjualan arak, mengharamkan riba, melarang acara tari-menari di majlis-majlis keramaian, menguatkuasakan larangan menghidangkan minuman alkohol di hotel-hotel dan banyak lagi perubahan yang telah kita perkenalkan yang kesemuanya bersumberkan dari ajaran al-Quran.

Untuk memastikan kewajipan menutup aurat terlaksana, kita mewajibkan mana-mana papan iklan hanya menayangkan gambar yang menutup aurat, kita juga mewajibkan para peniaga beragama Islam di premis-premis perniagaan berpakaian menutup aurat selain turut mewajibkan kakitangan kerajaan yang beragama Islam menutup aurat dengan sempurna. Manakala bagi yang tidak beragama Islam, kita pohon supaya dapat berpakaian dengan baik dan sopan. Semua ini bagi memastikan suasana sekitar tidak tercemar dengan amalan pendedahan aurat yang menyebabkan berlakunya seks bebas dan zina. Apa yang mampu kita lakukan mengikut bidang kuasa kerajaan negeri sudah kita laksanakan. Selebihnya terletak pada bahu kerajaan pusat kerana kita menghormati konsep federalisme. Tepuk dada tanya iman.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak JAHEIK di atas kejayaan menganjurkan sambutan hari hududullah pada tahun ini. Semoga dengan penganjuran ini, kita sentiasa mengingatkan rakyat Kelantan khususnya bahawa kewajipan melaksanakan dan menjaga undang-undang Allah SWT sentiasa terpikul setiap masa. Semoga setiap amalan kita mendapat ganjaran di sisi Allah SWT :

أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Read more...

Tazkirah Ramadhan 1431H-2010

Tuesday, August 17, 2010

Read more...

BERITA KEMATIAN AHLI KELUARGA BADAN KHAIRAT

Sunday, May 23, 2010

SALAM UKHUWAH,


Al- Fatihah,

Takziah diucapkan kepada Tuan Hj Zainuddin b. Mat Jid yang kematian ibu mertua pada malam tadi ,1130 mlm 23hb Mei 2010.

Hj Zainuddin merupakan setiausaha badan khairat PAS Cawangan Balai Besar yang baru ditubuhan pada awal 2010 yang lalu.

Jenazah telah selamat dikebumikan di Kubur Syed Yahya selepas solat jenazah diimamkan oleh Us Mustapha dan dihadiri oleh hampir 50 orang termasuk ahli Badan Khairat dan keluarga terdekat beliau serta kenalan keluarga mereka juga turut bersama.





Read more...

MAKLUMAN : KULIAH MAGHRIB

Sunday, April 18, 2010

SALAM UKHUWAH,

Read more...

ZIARAH TOK GURU NIK AZIZ @ 26 MAC 2010

SALAM UKHUWAH,


PAS CAWANGAN BALAI BESAR TELAH MENGADAKAN LAWATAN KE KOTA BHARU PADA 26HB MAC 2010 YANG LALU.

SERAMAI 8 AJK PAS CAWANGAN TELAH MENYERTAI ROMBONGAN TERSEBUT YANG MELIBATKAN BEBERAPA TEMPAT DI KOTA BAHRU.

ANTARA TEMPAT TERSEBUT ADALAH MASJID PULAU MELAKA IAITU MASJID TOK GURU.ROMBONGAN SEMPAT BERSEMBAHYANG SUBUH BERJAMAAH BERSAMA TOK GURU DAN MENDENGAR KULIAH SUBUH OLEH TOK GURU.


SELEPAS KULIAH SUBUH TOK GURU SEMPAT MENGADAKAN UPACARA BELAH MULUT KEPADA HAMPIR 50 ORANG BAYI DI SEKITAR KOTA BHARU DAN KELANTAN AMNYA.

ROMBONGAN SETERUSNYA MENUJU KE MEDAN ILMU DI MANA TOK GURU MENYAMPAIKAN KULIAH PAGI JUMAAT SEHINGGA 1030 PAGI.

BERHAMPIRAN TEMPAT TERSEBUT JUGA ROMBONGAN BERKESEMPATAN MENGUNJUNGI KEDAI BUKU JAAFAR RAWAS BERTUJUAN UNTUK MEMBELI BEBERAPA BUAH KITAB YANG DI AJAR DI SURAU USTAZ DAUD.

SETERUSNYA ROMBONGAN BERSEMBAHYANG JUMAAT DI MASJID LAMA LANGGAR.

SEMOGA MENDAPAT KEREDHAAN DARIPADA ILLAHI.


Read more...

MAKLUMAN : KULIAH MAGHRIB

Saturday, April 10, 2010

Read more...

Wednesday, March 3, 2010

Salam Ukhuwah.
DUNGUN,Balai Besar - Mesyuarat Agung tahunan kali ke 17 PAS Cawangan Balai Besar bagi tahun 2009/2010 , telah diadakan pada hari Jumaat, 26 Feb 2010 bermula jam 9.00 mlm bertempat di Surau Ustaz Daud. Seramai 60 orang ahli telah hadir ke mesyuarat Agung tersebut. Perasmian Mesyuarat Agung telah disempurnakan oleh Saudara Norulalzahar b Hj Ali, Setiausaha PAS, Kawasan Dungun.

Seramai empat orang lama telah menerima cenderahati "Jasa Mu Dikenang" termasuk Tuan Guru Ustaz Daud sendiri yang telah banyak menyumbang tenaga untuk kemajuan PAS Cawangan Balai Besar.

Cabutan bertuah turut diadakan bagi memriahkan mesyuarat agong pada kali ini.

Berikut dipaparkan gambar sekitar majlis Mes Agung tersebut.

pendaftaran peserta
ucapan perasmian
muslimin yang hadir
jasa mu dikenang
jasa mu dikenang
muslimat
Hj Anuar Ketua Cawangan
hamper cabutan bertuah
orang kuat cawangan

Read more...

KITA SOLAT SEMBAH ALLAH, BUKAN SEMBAH IMAM

Wednesday, February 17, 2010

ASSALAMUALAIKUM

Solat wajib ditunaikan. Ia merupakan suruhan Allah yang maha esa. Penunaian solat, bukan amalan yang direka-cipta, tetapi ia adalah ketetapan dari Allah SWT.

Dalam solat, digalakan ditunaikan dalam berjemaah. Ada imam dan ada makmum. Makmum di suruh ikut segala perbuatan imam, selama imam tidak melakukan sebarang kesalahan yang mencacatkan solat, dan membatalkan solat.

Perlu diingat, ketika solat berjemaah ditunaikan, makmum di suruh ikut imam, bukan disuruh menyembah imam. Jika seseorang makmum menunaikan solat dibelakang imam dengan diniatkan untuk menyembah imam, ketika itu, solat makmum itu tidak sah, bahkan makmum itu sudah dikira sebagai orang yang syirik kepada Allah SWT.

Bukan solatnya sahaja batal, malahan aqidahnya juga terbatal. Waima solat diwajibkan, tetapi disebabkan salah kaedah dan cara, menyebabkan solat tertolak.

Melantik seseorang menjadi imam, bukan satu paksaan. Apabila wujud seseorang yang berkelayakkan menjadi imam, maka sudah pasti imam tersebut ditolak, lalu dia pun mengepalai solat jemaah terbabit.

Cumanya, apabila solat ditunaikan, secara automatic, imam itu diberi wala' tanpa berbelah bahagi lagi. Pun begitu, tiba-tiba imam tersebut tertambah rakaat, wajib bagi makmum menegur. Namun, setelah berkali-kali ditegur, imam tetap berkeras, imam tersebut tidak boleh dilayan lagi, bahkan orang dibelakangnya wajib mengambil alih kuasa menjadi imam.

GERAKAN ISLAM

Gerakan islam ditubuhkan dengan tujuan menyelamatkan umat daripada fitnah akhir zaman, iaitu menyelamatkan diri daripada menjadi manusia yang terpesong aqidah, sama ada terlibat dengan aqidah sekularisme, aqidah politik suku-agama suku, iaitu setelah kejatuhan kerajaan islam.

Disamping itu, gerakan islam akan berusaha memenangkan islam dengan berusaha sedaya upaya yang mungkin, dengan berusaha mencari segala maslahah yang ada untuk memperlihatkan islam sebagai agama yang diterima, dan agama yang adil.

Sebarang tindakan yang memberi kemudharatan kepada islam, maka itu bukan amalan gerakan islam. Jika mahu dibandingkan dengan solat, ia umpama seorang yang menunaikan solat dalam keadaan menambah rakaat.

justeru, apabila seseorang "imam" dalam gerakan islam telah melakukan tindakan yang boleh melahirkan kemudharatan kepada islam itu sendiri, ketika itu, tidak ada perlunya memberi wala' lagi terhadap "imam" terbabit, bahkan usaha menegur agar kemudharatan itu terhenti adalah dituntut.

Sabda nabi SAW;

إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ

Maksudnya;
"hanya taat itu berlaku dalam perkara ma'ruf
[1]"

Mungkin ada yang membaca hadis, bahawa wajib memberikan wala' kepada "imam" sama ada suka, malas, benci dan sebagainya. Juga membaca firman Allah;

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ

Maksudnya;
"mungkin apa yang kamu tidak suka itu adalah lebih baik bagi kamu. Dan mungkin apa yang kamu suka it buruk bagi kamu"

(Surah Al-Baqarah : 216)

Ayat ini perlu dibaca dengan maqasidnya. Jangan jadi seperti golongan jumud nas, atau zahiri moden, iaitu golongan yang membaca sesuatu nas tanpa melihat kepada maqasid disebalik kandungan ayat ini.

Perlu diperhatikan, bahawa Ayat ini diturunkan berkenaan dengan jihad qital. Jihad qital merupakan kemudharatan, iaitu berhadapan dengan kematian. Namun begitu, tidak terlibat dalam jihad qital pula merupakan mudharat yang lebih besar, iaitu sesebuah Negara akan berhadapan dengan kerosakan.

Justeru, menggadaikan nyawa untuk terlibat dalam jihad qital adalah perkara yang tidak sukai, tetapi ia wajib dilibatkan diri kerana ia melahirkan kebaikan di masa akan datang. Maka itulah maksud dengan firman Allah tersebut.

Begitujuga dalam hadis yang menyatakan wajib memberi wala' kepada "imam", sama ada dalam keadaan suka, benci, malas dan sebagainya. Memberi wala' itu, sekiranya tindakan seseorang "imam" tidak melahirkan kemudharatan terhadap islam itu sendiri. justeru, apabila imam melakukan tinadkan yang boleh melahirkan mudharat, pasti tiada wala' dalam perkara tersebut.

Apa yang pasti, wala' bukan satu doktrin yang dipaksa terhadap ahli agar berikan kepada "imam", tetapi ia adalah tanggungjawab yang pasti akan diberikan oleh pengikut bawahan terhadap "imam" yang benar-benar menunaikan tanggungjawabnya, juga tidak bertindak yang memberi kemudharatan kepada Islam itu sendiri.

Masalahnya sekarang, apabila ada pihak yang mahu menggunakan wala' untuk menyelamatkan diri "imam" tertentu. Apabila keadaan ini berlaku, tidak hairan doktrin wala' akan dilihat sebagai candu, sepertimana Karl Marx mengatakan agama sebagai candu apabila dia melihat agama dijadikan jalan untuk mengaut keuntungan kehidupan dunia oleh golongan paderi-paderi di zaman itu.

Perlu diingat, isteri memang wajib memberi wala' kepada suaminya. Pun begitu, bukan bermakna suami boleh buat sesuka hati sahaja sehingga menafikan hak si isteri, malahan sebagai suami yang baik, siqah perlu dijaga juga agar isteri akan terus memberi wala' terhadap suaminya.

Tetapi, jika ada suami yang tidak memberikan hak isterinya, lalu berkata, "Hang wajib memberi wala' kepada aku", pasti suami itu akan dilihat oleh masyarakat umum sebagia suami yang dictator dan zalim. Sudah pasti, perkara ini tidak pernah diterima langsung oleh islam.

Makanya disini, kita di suruh solat berjemaah, tetapi tidak pernah disuruh menyembah imam. Begitujuga Kita disuruh terlibat dalam gerakan islam, tetapi kita tidak pernah disuruh menyembah gerakan islam yang kita libatkan diri itu.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

Read more...

Apa Sudah Jadi Dengan Negeriku...

Monday, February 8, 2010

ASSALAMUALAIKUM WBRT...
Ungkapan ‘BELUM PERNAH SEBELUM INI’…’TIADA HALANGAN HANYALAH PELUANG’…’ISLAM HAD HARI TERENGGANU BESTARI’ yang diasaskan oleh dua pemimpin Umno diperingkat Pusat dan Negeri kini ibarat ‘senjata makan tuan’.

Apa tidaknya, setelah hampir dua penggal berlalunya pemerintahan kerajaan negeri Terengganu di bawah nakhoda Umno dan Barisan Nasional (BN) pelbagai kejadian ‘Pelik bin Ajaib’ berlaku di negeri ini.

Dua pemimpin Umno-BN itu ialah mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mantan Menteri Besar Kerajaan BN Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Kedua-duanya, kini telah menjadi ‘arwah’ dalam karear kepimpinan kerajaan sama ada negeri mahu pun pusat.

Hari ini, Awang tidak mahu komen panjang-panjang cuma Awang hendak tunjukkan gambar-gambar menarik yang berlaku dan terjadi di negeri Terengganu Darul Iman yang kita cintai ini.

Dari tragedi keruntuhan bangunan hinggalah kepada keruntuhan akhlak dan moral rakyat di negeri ‘Darul Runtuh’ ini.

Tujuannya, supaya member-member Awang yang tidak tahu menjadi tahu, yang tidak peduli menjadi peduli, yang tidak cakna menjadi cakna dan yang tak percaya menjadi percaya bahawa semua ini angkaran ketidakcekapan pemimpin politik Umno-BN yang mentadbirnya.

RENUNG TIDAK DENGAN EMOSI……FIKIR DENGAN TENANG























Read more...

ZIARAH MANGSA KEBAKARAN

Friday, February 5, 2010

ASSALAMUALAIKUM WBRT

BALAI BESAR,Ahli jamaah pada petang tadi berksempatan menziarahi mangsa kebakaran di Kg Balai Besar yang berlaku pada 28 Januari yang lalu.


Rombongan disertai sendiri oleh Tuan Guru Ustaz Daud,Ustaz Suhaimi,Hj Anuar-ketua Cawangan,Hj Nasir-Kebajikan ,Tok Imam Hj Mat,Hj Azmi-Penerangan dan Shafie-S/U.
Sumbangan wang turut disampaikan sendiri oleh ustaz Daud kepada Saudara Razlan.
Menurut Razlan rumah beru akan dibina oleh kontraktor yang dibiayai oleh pihak berkaitan.Semoga beliau tabah menghadapi ujian dan dugaan hidup ini.


Wassalam

Read more...

PERISTIWA:KEBAKARAN DI CAWANGAN PAS BALAI BESAR

Thursday, January 28, 2010

Assalamualaikum wbrt.

Balai Besar,Dungun - Satu keluarga terdiri daripada seorang nenek ,anak serta menantu dan dua cucu tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka dijilat api pada pukul 1 tengahari tadi.kejadian malang ini menimpa sewaktu Razlan b mohamad keluar bekerja sebagai tukang rumah,manakala isteri dan dua anak mereka yang masih kecil dan ibu beliau sempat menyelamatkan diri sewaktu kejadian tersebut.

Nik Ngah dan Razlan Mohammad
Anggaran kerugian adalah sekitar RM 50,000.Menceritakan semasa kejadian Nik Ngah bt Jusoh beliau sempat merangkak keluar dan tidak sempat menyelamatkan harta benda termasuk dokumen penting keluarga beliau.Ini kerana beliau menghadapi sakit lutut sejak sekian lama.


Pihak bomba memaklumkan bahawa siasatan akan dijalankan dalam masa 2 hari bagi menentukan punca sebenar kejadian.

Kepada pihak yang sudi untuk menderma bolehlah salurkan menerusi PAS Cawangan Balai Besar atau pun terus kepada keluarga tersebut di Alamat :-

No 159,Jalan Balai Besar ,23000,Dungun .Terengganu.

Selepas asar tadi beberapa orang Ahli PAS Cawangan telah berkesempatan untuk menziarahi keluarga tersebut.Timbalan ketua merangkap Ketua Kebajikan PAS Cawangan Balai Besar telah sudi menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga berkenaan.


Pada waktu yang sama pihak muslimat cawangan juga berkesempatan hadir untuk menziarahi keluarga tersebut dan menyampaikan sumbangan mereka.


Ketua Muslimat Cawangan Balai Besar bertanya khabar dengan Isteri Saudara Razlan Mohammad

Read more...

JADUAL KULIAH

AKAN DATANG...

IKON

IKON

RISALAH

RISALAH

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP