Waktu Solat

PERISTIWA:KEBAKARAN DI CAWANGAN PAS BALAI BESAR

Thursday, January 28, 2010

Assalamualaikum wbrt.

Balai Besar,Dungun - Satu keluarga terdiri daripada seorang nenek ,anak serta menantu dan dua cucu tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka dijilat api pada pukul 1 tengahari tadi.kejadian malang ini menimpa sewaktu Razlan b mohamad keluar bekerja sebagai tukang rumah,manakala isteri dan dua anak mereka yang masih kecil dan ibu beliau sempat menyelamatkan diri sewaktu kejadian tersebut.

Nik Ngah dan Razlan Mohammad
Anggaran kerugian adalah sekitar RM 50,000.Menceritakan semasa kejadian Nik Ngah bt Jusoh beliau sempat merangkak keluar dan tidak sempat menyelamatkan harta benda termasuk dokumen penting keluarga beliau.Ini kerana beliau menghadapi sakit lutut sejak sekian lama.


Pihak bomba memaklumkan bahawa siasatan akan dijalankan dalam masa 2 hari bagi menentukan punca sebenar kejadian.

Kepada pihak yang sudi untuk menderma bolehlah salurkan menerusi PAS Cawangan Balai Besar atau pun terus kepada keluarga tersebut di Alamat :-

No 159,Jalan Balai Besar ,23000,Dungun .Terengganu.

Selepas asar tadi beberapa orang Ahli PAS Cawangan telah berkesempatan untuk menziarahi keluarga tersebut.Timbalan ketua merangkap Ketua Kebajikan PAS Cawangan Balai Besar telah sudi menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga berkenaan.


Pada waktu yang sama pihak muslimat cawangan juga berkesempatan hadir untuk menziarahi keluarga tersebut dan menyampaikan sumbangan mereka.


Ketua Muslimat Cawangan Balai Besar bertanya khabar dengan Isteri Saudara Razlan Mohammad

Read more...

TAKZIAH

Friday, January 22, 2010



AL FATIHAH,SEORANG JAMAAH SURAU TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH LEBIH KURANG JAM 3 PAGI TADI .SHEIKH ABDULLAH MERUPAKAN SEORANG YANG SENTIASA BERJAMAAH DI SURAU USTAZ DAUD.


SEMOGA ROHNYA DIRAHMATI DAN TERGOLONG DARIPADA ORANG-ORANG BERTAKWA.

AMIN. AL FATIHAH

Read more...

Kuliah Ustaz Ustaz Abu Muhammad An Naqsyabandy - Gerakan Wahabi

Wednesday, January 20, 2010

Ustaz Abu Muhammad An Naqsyabandy - gerakan wahabi from manchuping on Vimeo.

Read more...

LAMAN RASMI SURAU USTAZ DAUD

Friday, January 15, 2010

ASSALAMUALIKUM


SALAM SEMUA

AKAN MEMAPARKAN AKTIVITI
1.SURAU USTAZ DAUD
2.BADAN KHAIRAT PAS CAWANGAN USTAZ DAUD
3.AKTIVITI DAN PROGRAM USTAZ DAUD
4.AKTIVITI KAFA
5.PASTI QARYAH BALAI BESAR
6.ISU ISU SEMASA

Read more...

JADUAL KULIAH

AKAN DATANG...

IKON

IKON

RISALAH

RISALAH

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP